salam penghujung tahun 1431. insyaallah kalau diberikan kesempatan oleh Allah swt, esok umat islam akan menyambut awal muharram. jgn lupa baca doa akhir tahun sblm masuknya waktu maghrib hari ni ye kwn2.
sy sedar akhir2 ini update di fb semcm menggambarkan sy mempunyai masalah yg maha berat. malah ada yg menyangka sy telah putus cinta@kasih ehehe tergelak sy dibuatnya. terima kasih diatas keprihatinan kwn2 n x lupa juga saudara-mara. semua ini menyedarkan sy bahawa beruntungnya sy kerana mempunyai kwn2 n saudara mara yg sentiasa mengambil berat wpn ada antara kita terpisah jarak. utk makluman kwn2, masalah yg sy hadapi tidaklah terlalu besar. ia hanyalah masalah keluarga yg tidak mampu sy coretkan di blog yg x seberapa ini. cuma apa yg ingin sy kongsikan bagaimana sy mendefinasikan perkataaan kasih sayang mengikut kefahaman diri yg serba kekurangan ini;)
sy dilahirkan didlm keluarga yg tidak mempamerkan kasih sayang secara zahir. secara jujur semasa di peringkat remaja sy secara diam-diam memberontak dgn kehidupan sy. bg sy byk perkara yg tidak sy sukai mengenai keluarga sy. bagi remaja yg meningkat usia sy mahukan ibu bapa yg mengikut kehendak sy. pd ketika itu, definisi kasih sayang adlh memenuhi keperluan, kemahuan n kehendak sy shj. betapa ceteknya ilmu n akal sy ketika itu. alhamdulillah makin meningkat dewasa sy semakin rasional dlm memberi makna kpd perkataan kasih sayang itu sendiri. sy mampu menilai pengorbanan ibu bapa sy sepnjg hidup sy; pengorbanan yg tak terbalas. mata hati sy sudah celik apb melihat bapa sy sggup turun ke dapur semata-mata utk membekalkan sy dgn menu istimewanya apb musim cuti semester berakhir. hati sy telah dilembutkan dgn kerisauan yg terpamer di wajah ibu sy apb sy mahu pulang ke utara tanah air demi sesuap nasi(hanya menyenaraikan beberapa contoh) adakah itu semua masih tidak cukup utk menunjukkan bahawa mereka sbnrnya kasih & sayang terhadap sy?bagi sy mereka menyayangi sy n adik2 dgn cara mereka sendiri. peringatan buat diri sendiri; ingatlah tiada seorang pn ibu @ bapa yg tidak menyayangi anak-anak mereka. kita di pihak anak2 juga perlu berusaha memahami erti kasih sayang yg diberikan. semoga dengan tahun baru ini, sy mampu menjadi anak n kakak yg bertanggungjawab. sesungguhnya sy amat menyayangi keluarga sy wpn kdg2 sy x mampu menzahirkan dgn kata2.