Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, September 28, 2009

pengalamanku di hari raya 20092009

tajuk entry mcm tajuk karangan sekolah rendah hahaha. x boleh blah je. alhamdulillah, syawal tahun ni masih disambut dengan meriah wpun bonus x dapat. pak jib, sila lah bagi bonus next year spy kami boleh menyambut lebaran dgn LEBIH & EXTRA meriah hahaha. aktiviti bershopping juga masih dijalankan wpun x dapat bonus tp aku telah berjaya mengawal nafsu membeli n berberlanja secara berhemah dgn hanya membeli shirt from PADINI(it's great bargain sbb dpt 30% discount), sandal ala m.cik2 utk ke kelas from BATA n baju kurung utk k.ngah yg x sempat nk tempah baju raya thn ni
this is my big family. spt biasa kami x pernah ada tema utk raya. semua pakai baju ikut dan je
sebagai anak sulung n kakak yg tertua, kewajipan memberi duit raya terpaksa juga (mcm x ikhlas je hahaha) aku tunaikan wpun bonus x dapat. xpe la..it's once in a year je. lgpn aku bukan selalu hulur duit kt adik2 aku pn
adik aku ckp aku x ikhlas bg duit raya kt mak n pic ni buktinya hahaha..saje nk posing dgn ang pau aje la. upacara dimulakan dgn memberi duit raya kt emak aku n adik2 aku yg seramai 7 org tu. utk abah xde sbb abah ckp bg kt mak aje. hari raya pertama kami di kampung mak di temai tengah, pekan pahang. lepas menziarahi pusara tok n tok'ki, upacara beraya diteruskan dengan mengunjungi rumah yg wajib dikunjungi saban tahun. 2 pic yg membuktikan aku ni masih kanak-kanak ribena-dgn bdk2 ni mmg akn jd muda, kelihatan muda n kekal muda hahaha
raya ke 2 di rumah abah di kampung sg ling di maransuasana ruang tamu yg tenang n bersih slps upacara pembunuhan mengkarung beramai-ramai. cuba tgk kt tingkap tu. apakah yg anda dpt lihat? daun kelapa sawitkn.. sbb tu la byk mengkarung kt rumah ni. diaorg menginap dlm sofa tu. rase2nye dlm 5 ekoq mengkarung yg dpt dibunuh oleh ayah n adik2 lelaki aku. yg lain hanya jd penonton smbil menjerit kegelian n ketakutan. mlm raya ke 2 tu, spt tahun lepas, m.cik, p.cik n sepupu berkumpul di rumah abah utk makan2 n borak2. penat mmg x boleh nk ckpla..nk dekat pkul 1 baru boleh tido. tp mmg seronok n meriah bila dpt berkumpul ramai2
raya ke 3, slps menziarahi pusara arwah nenek n atuk n mengunjungi beberapa rumah di kampung, kami menuju ke jengka 15- rumah m.cik aku, adik kepada abah. aku terpaksa berpakaian tidak formal sbb tahun ni hanya ada 2 pasang baju kurung. so raya ke 3, pakai blouse n slack je huhuhu
raya ke 4, aku n adik2 aku yg lain bersiap2 utk balik ke kuantan. mlm tu beraya dgn pie, yoyie, aswa, nina, shiela n yamie di coffeestreet. spt biasa kalau lepak dgn cik nina, cik yamie, cik shiela mesti akn ada sesi kaunseling hahahakonklusinya raya tahun ni mmg best n meriah. semoga dapat berjumpa dgn ramadhan n syawal tahun depan. insyaallah=)

p/s: yamie, next time lepak kt red island cafe plak ye..mcm happening je tmpt tu