tajuk entry mcm tajuk karangan sekolah rendah hahaha. x boleh blah je. alhamdulillah, syawal tahun ni masih disambut dengan meriah wpun bonus x dapat. pak jib, sila lah bagi bonus next year spy kami boleh menyambut lebaran dgn LEBIH & EXTRA meriah hahaha. aktiviti bershopping juga masih dijalankan wpun x dapat bonus tp aku telah berjaya mengawal nafsu membeli n berberlanja secara berhemah dgn hanya membeli shirt from PADINI(it's great bargain sbb dpt 30% discount), sandal ala m.cik2 utk ke kelas from BATA n baju kurung utk k.ngah yg x sempat nk tempah baju raya thn ni
this is my big family. spt biasa kami x pernah ada tema utk raya. semua pakai baju ikut dan je

sebagai anak sulung n kakak yg tertua, kewajipan memberi duit raya terpaksa juga (mcm x ikhlas je hahaha) aku tunaikan wpun bonus x dapat. xpe la..
it's once in a year je. lgpn aku bukan selalu hulur duit kt adik2 aku pn

adik aku ckp aku x ikhlas bg duit raya kt mak n pic ni buktinya hahaha..saje nk posing dgn ang pau aje la. upacara dimulakan dgn memberi duit raya kt emak aku n adik2 aku yg seramai 7 org tu. utk abah xde sbb abah ckp bg kt mak aje. hari raya pertama kami di kampung mak di temai tengah, pekan pahang. lepas menziarahi pusara tok n tok'ki, upacara beraya diteruskan dengan mengunjungi rumah yg wajib dikunjungi saban tahun. 2 pic yg membuktikan aku ni masih kanak-kanak ribena-dgn bdk2 ni mmg akn jd muda, kelihatan muda n kekal muda hahaha


raya ke 2 di rumah abah di kampung sg ling di maran

suasana ruang tamu yg tenang n bersih slps upacara pembunuhan mengkarung beramai-ramai. cuba tgk kt tingkap tu. apakah yg anda dpt lihat? daun kelapa sawitkn.. sbb tu la byk mengkarung kt rumah ni. diaorg menginap dlm sofa tu. rase2nye dlm 5 ekoq mengkarung yg dpt dibunuh oleh ayah n adik2 lelaki aku. yg lain hanya jd penonton smbil menjerit kegelian n ketakutan. mlm raya ke 2 tu, spt tahun lepas, m.cik, p.cik n sepupu berkumpul di rumah abah utk makan2 n borak2. penat mmg x boleh nk ckpla..nk dekat pkul 1 baru boleh tido. tp mmg seronok n meriah bila dpt berkumpul ramai2
raya ke 3, slps menziarahi pusara arwah nenek n atuk n mengunjungi beberapa rumah di kampung, kami menuju ke jengka 15- rumah m.cik aku, adik kepada abah. aku terpaksa berpakaian tidak formal sbb tahun ni hanya ada 2 pasang baju kurung. so raya ke 3, pakai blouse n slack je huhuhu

raya ke 4, aku n adik2 aku yg lain bersiap2 utk balik ke kuantan. mlm tu beraya dgn pie, yoyie, aswa, nina, shiela n yamie di coffeestreet. spt biasa kalau lepak dgn cik nina, cik yamie, cik shiela mesti akn ada sesi kaunseling hahaha

konklusinya raya tahun ni mmg best n meriah. semoga dapat berjumpa dgn ramadhan n syawal tahun depan. insyaallah=)
p/s: yamie, next time lepak kt red island cafe plak ye..mcm happening je tmpt tu